Kami dari KLIA seramai 9 orang mendarat di Milan sebagai pintu masuk pengembaraan ke Eropah Tengah dan Timur. Hanya sehari semalam kami di sini. Aku yang belum pernah ke sini telah menolak untuk mengikut sebahagian grup yang hendak ke Switzerland pergi balik hari.
Menginap di hotel berdekatan terminal airport memudahkan kami bergerak esok sehari dengan meninggalkan luggage di bilik hotel. Kemudahan pengangkutan shuttle dari hotel ke terminal disediakan mengikut jadual manakala dari terminal untuk ke bandar-bandar berikutnya menaiki train laju umpama ERL dari terminal KLIA ke KL Sentral.
Kami memilih bandar Cadorna sebagai persinggahan pertama apabila diberi informasi bahawa ia bandar pusat rangkaian dan jalinan train ke bandar-bandar lain. Bandar ini juga mempunyai beberapa tempat menarik untuk dilawati.
Taman awam ada wifi percuma...hehe |
Dataran peringatan pahlawan berkuda berada tidak jauh dari bandar ini dan boleh dikunjungi dengan menaiki tram. Tiket tram juga boleh digunakan untuk menaiki train bawah tanah dengan kadar 4.50 euro laku selama 24 jam.
Taman awam disediakan tempat minum @ pili air bersih percuma.
Tempat membaca @ library dalam taman disediakan secara percuma dengan buku-buku bacaan kebanyakan dalam bahasa Italiano.
Duomo kota pengunjung pelancong. Kota pereka fesyen terkemuka dari Italy.
Kebetulan bertemu satu keluarga dari Shah Alam yang mengikut rombongan menggunakan pakej pelancongan sufi di Duomo.
*Dedikasi foto tiada berniat lain melainkan secara kebetulan imej yang dipaparkan bermaksud untuk menyatakan sesuatu lokasi dan keindahan.
Harap maklum. Terima kasih.
naik dan turun dari satu lokasi ke satu lokasi dengan tram |
Tunggu tram |
Tempat membaca @ library dalam taman disediakan secara percuma dengan buku-buku bacaan kebanyakan dalam bahasa Italiano.
Duomo kota pengunjung pelancong. Kota pereka fesyen terkemuka dari Italy.
Kebetulan bertemu satu keluarga dari Shah Alam yang mengikut rombongan menggunakan pakej pelancongan sufi di Duomo.
Hotel penginapan |
Stesen minyak menggunakan sepenuhnya tenaga mesin. |
Penginapan transit |
Harap maklum. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan