Budapest, Hungary
Alhamdulillah, waktu pagi kami terbang dari Milan ke Budapest..menginap di Madison Serviced Apartments dengan menyewa 3 unit di tingkat 2 dan 3 selama 3 malam...ada perkhidmatan lift..Lokasi agak tersorok namun ia berdekatan kebanyakan tempat yang hendak dilawati..kemudahan pengangkutan awam tahap terbaik...hanya perlu faham beberapa informasi...heret bagasi yang besar 25 kg dalam jarak 750 meter antara hentian train ke apartment menjadi perkara biasa jika anda seorang yang bertenaga...hehe.
Menikmati makan malam bersama-sama di apartment sangat menceriakan suasana di samping dapat menjimatkan belanja serta kepayahan mencari makanan halal di luar.
Hampir keseluruhan kota ini dipenuhi bangunan-bangunan lama yang berusia beratus tahun namun masih kukuh dengan seni ukir halus berunsur alam tumbuhan, haiwan dan manusia yang menakjubkan.
Kemudahan pengangkutan sewa basikal ada di beberapa tempat strategik..Seseorang yang suka bergerak secara sendirian serta mendapatkan stamina hangat dalam cuaca sejuk adalah sesuai mengayuh basikal ini dalam lingkongan bandar.
Para pelancong yang ingin menikmati suasana dan pandangan sekeliling kota, mereka disediakan perkhidmatan bas tanpa bumbung dengan kadar sewa berpakej sehingga 2 hari setiap satu.
Pusing kota dengan menaiki bas hop on hop off..bayaran 20 euro seorang dengan lebih 25 perhentian..pakej premium yang kami ambil boleh digunakan selama 2 hari termasuk menaiki bot cruise menyusur sungai Danube waktu petang melihat sunset.
*Dedikasi foto tiada berniat lain melainkan secara kebetulan imej yang dipaparkan bermaksud untuk menyatakan sesuatu lokasi dan keindahan.
Harap maklum. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan