Keluarga yang sederhana pendapatannya di kota besar masih terasa bahang keperitan dalam membelanjakan kehidupan apabila berdepan dengan tuntutan perbelanjaan yang mendesak. Anda yang biasa berbelanja untuk barang-barang dapur untuk menyara makan minum keluarga di rumah amat terasa hidup dihimpit kenaikan harga barang keperluan ketika berbelanja. Kita jadi terkebil-kebil apabila melihat harga yang tertera di kampit beras umpamanya dalam lingkungan RM 30.00 untuk 10 kg beras gred biasa yang kita selalu beli.
Sekampit beras 10kg = RM 28.00 gred hancur 10%.
Sebuah keluarga yang sederhana iaitu 7 orang
Makan 2 kali sehari
Sekali makan 1 pot = 350gm beras
Makan tengahari dan malam
Sebulan 30 hari x 700gm beras = 21kg ( lebihkurang 2 kampit = RM 56.00)
Jika kedua-dua ibu dan bapa bekerja dikira makan di tempat kerja, hanya makan malam di rumah.
Makan tengahari RM 7.00 seorang x 2 orang = RM 14.00 x 20 hari sebulan kerja = RM 280.00
3 anak menuntut di universiti perlu belanja makan = RM 280.00 seorang/bulan
1 anak menuntut di sekolah rendah/pagi dan sekolah agama/petang perlu belanja = RM 4.00 sehari = RM 20.00 seminggu.
Sebulan jumlah belanja makan untuk anak-anak = RM 760.00
Belum kira bil api, air, telefon, minyak kereta, tol dan lain-lain keperluan seperti ansuran kereta motor, potongan pinjaman rumah atau hutang-hutang lain yang mendesak...
Namun...hidup perlu diteruskan.
Nota: Catatan ini untuk pendapatan dan perbelanjaan 10 tahun lepas (2007).
Namun...hidup perlu diteruskan.
Nota: Catatan ini untuk pendapatan dan perbelanjaan 10 tahun lepas (2007).
Sekarang, tahun 2017 kos perbelanjaan sara hidup naik hampir sekali ganda...huhu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan