Selasa, Januari 20, 2009

Pejuang Agama Allah SWT

Sebagai seorang Islam yang mempunyai keimanan kepada enam perkara maka beliau adalah seorang yang sentiasa berjuang untuk Allah SWT.

[Seorang Islam] + [iman 6 perkara] = berjuang [jihad] --> Allah SWT

Setiap orang yang beriman mempunyai tanggungjawab sebagai pejuang menegakkan agama Allah SWT.

Rasulullah SAW telah mengajar kita cara berjuang bukan semata-mata mengangkat senjata [pedang] untuk berperang dengan musuh.

Semua orang berpeluang untuk berjuang. Tegaknya agama apabila umatnya mempunyai kekuatan rohani dan jasmani. Jika seseorang itu tidak mempunyai kekuatan fizikal untuk melawan musuh agamanya, beliau masih mampu melawan dengan nalurinya. Rasulullah SAW mengkategorikan pejuang ini pada tahap kekuatan yang paling lemah.

Ada tiga tahap kekuatan pejuang jalan Allah SWT ini:

Pertama, jika ada kekuatan kuasanya, beliau akan melawan dan menentang menggunakan kekuatan kuasa yang ada padanya.

Kedua, jika tiada kekuatan kuasa tetapi beliau mempunyai kekuatan fizikal yang mampu melawan dan menentang menggunakan kekuatan fizikalnya.

Ketiga, jika kekuatan pertama dan kedua tiada padanya, beliau masih mempunyai kekuatan hati dan jiwa dalam melawan dan menentang untuk menegak agama Allah SWT.

Seorang pejuang di jalan Allah SWT tetap menang walau dalam apapun keputusannya.

Umpama dalam sesuatu peperangan fisabilillah, para mujahidin yang pergi berjihad walaupun dalam mata kasar kita, mereka ini pergi meninggalkan kaum keluarga dan segala harta benda kerana semata-mata menyahut seruan jihad tetapi sebenarnya mereka telah pun mencapai salah satu dari dua kemenangan. Jika mereka terkorban [syahid] di dalam peperangan itu [dunia], mereka tetap menang di akhirat. Jika mereka menang dalam peperangan itu, mereka juga mendapat kemenangan di akhirat. Namun yang paling hebatnya, seseorang yang pergi berjuang dengan segala jiwa raganya memperolehi kesemua kemenangan yang Allah SWT peruntukkan. Beliau akan mengumpul kesemua anugerah jihad yang ganjarannya masuk Syurga tanpa hisab.

Tetapi,

Jika seseorang itu tidak mempunyai sebarang perkara seperti yang disebutkan itu maka beliau adalah seorang yang bersifat sebaliknya [tidak beriman, kafir] atau jahil [tidak tahu, bodoh, dungu, baghal] atau tidak waras [gila, mereng, tidak ketahuan mengenai dirinya] atau engkar [menentang, melawan, degil].

Golongan ini adalah menjadi fokus pejuang agama bagi mengembalikan dan menegakkan jalan kebenaran. Peranan ini yang menjadi tanggung jawab besar atas pejuang bagi mengkategorikan golongan yang disebut tadi supaya tumpuan kepada mereka ini berdasarkan berperang atau berdakwah.

Berperang dan berdakwah adalah dua perkara yang berlainan.
Menentang, melawan, membanteras, memusnahkan dan memaksa supaya tunduk, akur dan sebagainya adalah suatu konsep berperang.
Manakala, berdakwah adalah menyeru ke jalan lurus, betul, baik, benar dan sebagainya.

Apabila konsep ini telah difahami, seorang pejuang itu walau di mana berada sekali pun akan sentiasa menyambut seruan perjuangan tanpa berlengah dan bermula dari situ juga. Ibarat arus air yang mengalir asalnya kecil dari anak sungai di hulu menuruni lembah ke arah laut dan merempuh laluan menjadi gelombang besar yang sukar dihalang seterusnya menghasilkan kekuatan yang hebat.

Itulah ukhwah [ikatan, prihatin] dan tali silaturahim antara umat Islam yang sangat dituntut.

Apakah kita termasuk dalam golongan yang sentiasa menjaga ikatan ini?

Semoga Allah SWT menetapkan keimanan kita semua.

Allahu Akbar.

Tiada ulasan:

Mahligai Timbul

Mahligai Timbul
Oleh kerana manusia sentiasa inginkan kepuasan maka mereka akan berusaha mencari dan mendapatkan sesuatu yang mendatangkan kepuasan hatinya biar betapa sukar sekalipun.

Meraih Kegembiraan Dari Kepayahan

Meraih Kegembiraan Dari Kepayahan
Penulis sangat minat berkebun! Kesibukan kerja di ibu negara agak melelahkan untuk berulang alik mengusahakan beberapa bidang tanah kebun kepunyaan sendiri. Kepayahan ini akan lebih terasa apabila kita sendiri yang mengalami pekerjaan seperti petani di kampung. Bagaimana sukarnya untuk menjaga dan membesarkan tanaman dari gangguan musuh-musuh tanaman sehingga mencapai peringkat beberapa tahun dan mengeluarkan hasilnya. Namun kesabaran dan keikhlasan ketika bertani akan dianugerahkan hasil peluhnya daripada Allah SWT. Sesungguhnya kita harus bersyukur dan yakin bahawa setiap usaha yang kita lakukan hendaklah disertai dengan doa dan tawakal.

Nikmat Hasil Tani

Nikmat Hasil Tani
Berbudi sebiji kepada tanah, Allah SWT menggandakan tujuh tangkai buah yang mana setiap tangkai mengandungi tujuh lagi tangkai.

Raja Buah

Raja Buah
Kehebatan buah durian mengatasi buah-buahan bermusim yang lain kerana keunikannya seperti kulitnya yang berduri,rasa isinya yang pelbagai, bau yang kuat dan tidak disukai oleh segelintir pelancong barat. Kita akan melihat keceriaan orang kampung apabila musim buah durian gugur. Ketika inilah mereka boleh sedikit pendapatan hasil jualan buah tersebut. Kebiasaan musim ini berlaku tiga (3) kali dalam dua (2) tahun. Musim yang serentak mengakibatkan harga buah ini agak murah dan boleh dinikmati oleh orang ramai namun ada semacam kempen pulak apabila banyak premis terutama hotel-hotel tidak membenarkan buah ini dibawa masuk ke dalam premis mereka tanpa alasan. Kalau buah ini boleh tumbuh di negara barat sudah pasti kehebatan buah ini menjadi popular secara globalisasi. Kita masih tidak dapat menyimpan buah yang masak dengan lebih lama kerana tidak mempunyai atau masih belum mengetahui teknologi berkaitan. Buah ini juga boleh dimakan bersama pulut dan santan kelapa (pulut durian) di mana isi durian diramas dengan pulut kukus bercampur santan kelapa dan sedikit gula pasir. Ia terus segera dimakan begitu saja. Ketika musim yang banyak, buah ini dibuat 'lempuk' iaitu isi durian dimasak bersama gula di dalam kawah atau kuali besar. Ia dikacau sehingga tepu seumpama dodol. Isi durian juga boleh disimpan sebagai 'tempoyak' iaitu isinya diperam bersama garam yang akan bertukar menjadi masam-masam manis tetapi sangat enak dikeluarkan kemudian digaul dengan cabai tumbuk menjadi sambal yang enak dimakan dengan ulam-ulam seperti petai, jering dan sebagainya. Tempoyak juga boleh dimasak bersama ikan air tawar terutama ikan patin yang terkenal itu. Taburannya tumbuh sesuai di negeri-negeri Perak, Pahang dan Kelantan.

erti kemerdekaan yang didatangkan dari Italy

erti kemerdekaan yang didatangkan dari Italy
Sambutan Kemerdekaan ke 50 - jam 10 mlm atas satu jambatan Putrajaya. Ramai anak-anak muda yang lahir setelah lebih 20 tahun merdeka apabila diajukan soalan apakah perasaan dan bagaimana kefahaman mereka menyambut ulang tahun kemerdekaan ini? Apakah erti kemerdekaan itu serupa membebaskan diri dengan bersukaria seumpama datang beramai-ramai berkumpulan atau berpasangan ke pusat-pusat bandar atau taman-taman awam yang mengadakan konsert atau sebarang pertunjukan hiburan? Atau hanya berhimpun di Dataran Merdeka dari awal malam menunggu kalau-kalau ada rempit haram?

laut dan daratan sentiasa bertaut di bawah naungan awan

laut dan daratan sentiasa bertaut di bawah naungan awan
Keindahan ciptaan Allah tiada tandingan. Pulau ini adalah terumbu batu karang besar yang timbul di permukaan laut yang berada pada jarak lebih kurang empat puluh (40) minit dengan penerbangan pesawat keci dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Pulau yang diwartakan sebagai pulau larangan di bawah keselamatan negara namun orang awam dan pelancong masih boleh melawat dengan membuat permohonan melalui pihak keselamatan negara. Hanya satu-satunya resort yang ada di sini selain pusat research Jabatan Perikanan dan Navy Malaysia . Karangan laut yang bersaiz besar masih terdapat di sini serta menjadi pulau tempat burung layang layang bersarang dan bertelur. Kerajaan Malaysia telah mewartakan sebagai larangan kepada pelancong mengganggu burung-burung ini yang bertelur di atas pasir - Pulau Layang Layang, Sabah