Takrif DBP mengenai erti Ijtihad ialah suatu kajian atau penyelidikan bagi mengetahui sesuatu dengan sedalam-dalamnya terutama dalam hal agama; usaha; pendapat; tafsiran.
Ketegasan seorang pemimpin dalam membuat sesuatu keputusan haruslah berpandukan Al-Quran dan Sunah Rasulullah namun ada ketikanya seorang pemimpin itu memerlukan ijtihad jika beliau tidak menjumpai penyelesaiannya melalui kedua-dua panduan itu.
Untuk itu, seorang pemimpin adalah seorang yang memahami Al-Quran dan mengikuti Sunah dalam semua tindakannya. Tanggung jawabnya sangat besar dan menggalas dosa atas semua keputusannya yang tidak berlandaskan perkara-perkara tersebut.
Konsep mesyuarat ketika mencari jalan penyelesaian adalah baik selagi ia selari dengan Al-Quran dan Sunah Rasulullah namun dalam sesuatu mesyuarat itu tidak semestinya keputusan majoriti itu benar.
Apakah kita masih lagi dapat seorang pemimpin yang benar-benar beriman dan mengangkat Al-Quran apabila membuat keputusan serta mengamalkan Sunah Rasulullah dalam urusan pentadbiran dan pemerintahannya.
Apakah pemimpin kita itu menggunakan ijtihad apabila ketemu sesuatu permasalahan yang rumit lagi baru?.
Kita tidak harus membodohkan diri dengan membandingkan Khalifah Umar Al-Khattab dengan sebarang pemimpin mutakhir.
Khalifah Umar Al-Khattab pernah berkata:
'Jika suatu pendapat itu datangnya dari Rasulullah SAW maka harus diakui keabsahannya kerana Allah SWT selalu mengawasinya. Adapun jika pendapat itu dari kita, maka selalu menimbulkan prasangka dan ketidakjelasan.' [ Rujuk: Ijtihad Umar Bin Khattab Dalam Penetapan Syariat Islam oleh Dr. Muhammad Baltaji. hal. 522 ].
Perjalanan ini umpama meniti sebuah jambatan yang kita tidak pasti sejauhmana kekukuhan dan penamatnya. Ia seolah-olah semakin menapak semakin jauh penghujungnya. Perjalanan juga ibarat suatu pelayaran di laut luas yang sukar diduga geloranya. Namun egoisme atau sifat keakuan merupakan ciri utama nafsu ini yang mencabar kehidupan menentang arus yang kesudahannya lepas atau tewas.
Rabu, Januari 14, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan