Perjalanan ini umpama meniti sebuah jambatan yang kita tidak pasti sejauhmana kekukuhan dan penamatnya. Ia seolah-olah semakin menapak semakin jauh penghujungnya. Perjalanan juga ibarat suatu pelayaran di laut luas yang sukar diduga geloranya. Namun egoisme atau sifat keakuan merupakan ciri utama nafsu ini yang mencabar kehidupan menentang arus yang kesudahannya lepas atau tewas.
Jumaat, Januari 30, 2009
Jawapan Saja Nak Tanya...
Sila lawat Laman Kehidupanku. Mereka bincang secara terbuka. Kalau sudah tiada logik yang lain...kira betullah tu.
Selasa, Januari 20, 2009
Pejuang Agama Allah SWT
Sebagai seorang Islam yang mempunyai keimanan kepada enam perkara maka beliau adalah seorang yang sentiasa berjuang untuk Allah SWT.
[Seorang Islam] + [iman 6 perkara] = berjuang [jihad] --> Allah SWT
Setiap orang yang beriman mempunyai tanggungjawab sebagai pejuang menegakkan agama Allah SWT.
Rasulullah SAW telah mengajar kita cara berjuang bukan semata-mata mengangkat senjata [pedang] untuk berperang dengan musuh.
Semua orang berpeluang untuk berjuang. Tegaknya agama apabila umatnya mempunyai kekuatan rohani dan jasmani. Jika seseorang itu tidak mempunyai kekuatan fizikal untuk melawan musuh agamanya, beliau masih mampu melawan dengan nalurinya. Rasulullah SAW mengkategorikan pejuang ini pada tahap kekuatan yang paling lemah.
Ada tiga tahap kekuatan pejuang jalan Allah SWT ini:
Pertama, jika ada kekuatan kuasanya, beliau akan melawan dan menentang menggunakan kekuatan kuasa yang ada padanya.
Kedua, jika tiada kekuatan kuasa tetapi beliau mempunyai kekuatan fizikal yang mampu melawan dan menentang menggunakan kekuatan fizikalnya.
Ketiga, jika kekuatan pertama dan kedua tiada padanya, beliau masih mempunyai kekuatan hati dan jiwa dalam melawan dan menentang untuk menegak agama Allah SWT.
Seorang pejuang di jalan Allah SWT tetap menang walau dalam apapun keputusannya.
Umpama dalam sesuatu peperangan fisabilillah, para mujahidin yang pergi berjihad walaupun dalam mata kasar kita, mereka ini pergi meninggalkan kaum keluarga dan segala harta benda kerana semata-mata menyahut seruan jihad tetapi sebenarnya mereka telah pun mencapai salah satu dari dua kemenangan. Jika mereka terkorban [syahid] di dalam peperangan itu [dunia], mereka tetap menang di akhirat. Jika mereka menang dalam peperangan itu, mereka juga mendapat kemenangan di akhirat. Namun yang paling hebatnya, seseorang yang pergi berjuang dengan segala jiwa raganya memperolehi kesemua kemenangan yang Allah SWT peruntukkan. Beliau akan mengumpul kesemua anugerah jihad yang ganjarannya masuk Syurga tanpa hisab.
Tetapi,
Jika seseorang itu tidak mempunyai sebarang perkara seperti yang disebutkan itu maka beliau adalah seorang yang bersifat sebaliknya [tidak beriman, kafir] atau jahil [tidak tahu, bodoh, dungu, baghal] atau tidak waras [gila, mereng, tidak ketahuan mengenai dirinya] atau engkar [menentang, melawan, degil].
Golongan ini adalah menjadi fokus pejuang agama bagi mengembalikan dan menegakkan jalan kebenaran. Peranan ini yang menjadi tanggung jawab besar atas pejuang bagi mengkategorikan golongan yang disebut tadi supaya tumpuan kepada mereka ini berdasarkan berperang atau berdakwah.
Berperang dan berdakwah adalah dua perkara yang berlainan.
Menentang, melawan, membanteras, memusnahkan dan memaksa supaya tunduk, akur dan sebagainya adalah suatu konsep berperang.
Manakala, berdakwah adalah menyeru ke jalan lurus, betul, baik, benar dan sebagainya.
Apabila konsep ini telah difahami, seorang pejuang itu walau di mana berada sekali pun akan sentiasa menyambut seruan perjuangan tanpa berlengah dan bermula dari situ juga. Ibarat arus air yang mengalir asalnya kecil dari anak sungai di hulu menuruni lembah ke arah laut dan merempuh laluan menjadi gelombang besar yang sukar dihalang seterusnya menghasilkan kekuatan yang hebat.
Itulah ukhwah [ikatan, prihatin] dan tali silaturahim antara umat Islam yang sangat dituntut.
Apakah kita termasuk dalam golongan yang sentiasa menjaga ikatan ini?
Semoga Allah SWT menetapkan keimanan kita semua.
Allahu Akbar.

Ahad, Januari 18, 2009
Saja nak tanya.
Saja nak kejutkan!...solat apa yang boleh ada empat (4) kali tahiyat?
Solat Subuh ada satu tahiyat.
Solat Zohor ada dua tahiyat.
Solat 'Asar ada dua tahiyat.
Solat Maghrib ada dua tahiyat.
Solat Isyak ada dua tahiyat.
Solat Subuh ada satu tahiyat.
Solat Zohor ada dua tahiyat.
Solat 'Asar ada dua tahiyat.
Solat Maghrib ada dua tahiyat.
Solat Isyak ada dua tahiyat.
Rabu, Januari 14, 2009
Ijtihad
Takrif DBP mengenai erti Ijtihad ialah suatu kajian atau penyelidikan bagi mengetahui sesuatu dengan sedalam-dalamnya terutama dalam hal agama; usaha; pendapat; tafsiran.
Ketegasan seorang pemimpin dalam membuat sesuatu keputusan haruslah berpandukan Al-Quran dan Sunah Rasulullah namun ada ketikanya seorang pemimpin itu memerlukan ijtihad jika beliau tidak menjumpai penyelesaiannya melalui kedua-dua panduan itu.
Untuk itu, seorang pemimpin adalah seorang yang memahami Al-Quran dan mengikuti Sunah dalam semua tindakannya. Tanggung jawabnya sangat besar dan menggalas dosa atas semua keputusannya yang tidak berlandaskan perkara-perkara tersebut.
Konsep mesyuarat ketika mencari jalan penyelesaian adalah baik selagi ia selari dengan Al-Quran dan Sunah Rasulullah namun dalam sesuatu mesyuarat itu tidak semestinya keputusan majoriti itu benar.
Apakah kita masih lagi dapat seorang pemimpin yang benar-benar beriman dan mengangkat Al-Quran apabila membuat keputusan serta mengamalkan Sunah Rasulullah dalam urusan pentadbiran dan pemerintahannya.
Apakah pemimpin kita itu menggunakan ijtihad apabila ketemu sesuatu permasalahan yang rumit lagi baru?.
Kita tidak harus membodohkan diri dengan membandingkan Khalifah Umar Al-Khattab dengan sebarang pemimpin mutakhir.
Khalifah Umar Al-Khattab pernah berkata:
'Jika suatu pendapat itu datangnya dari Rasulullah SAW maka harus diakui keabsahannya kerana Allah SWT selalu mengawasinya. Adapun jika pendapat itu dari kita, maka selalu menimbulkan prasangka dan ketidakjelasan.' [ Rujuk: Ijtihad Umar Bin Khattab Dalam Penetapan Syariat Islam oleh Dr. Muhammad Baltaji. hal. 522 ].

Jumaat, Januari 09, 2009
Sejadah
Apakah anda perasan atau tidak semasa kita menunaikan solat di pelbagai tempat seperti masjid, surau, musola, hentian awam, rumah persendirian dan sebagainya, kita bersujud atas sejadah yang disediakan di tempat tersebut yang mempunyai pelbagai corak dan rekabentuk?.
Jika anda tidak perasan seumpama anda terlalu kusyuk dengan solat atau anda memang tidak prihatin bahawa sejadah itu adalah sejadah yang memang untuk kegunaan ketika solat.
Namun apakah anda akan meminta atau bertanyakan tuan rumah ketika anda berada pada suatu rumah tempat anda singgah ketika hendak bersolat?
Atau anda boleh bersolat tanpa sejadah di atas tanah, pasir dan sebagainya apabila masuk waktu sembahyang sedang anda tidak mempunyai sejadah?
Khamis, Januari 08, 2009
Bubur Asyura [Menu Tok Guru]
Tiap tahun pada 10 Muharam, budaya menyediakan bubur sempena Hari Asyura diadakan di masjid atau surau dalam kawasan kampung dan taman yang ada komuniti Islam yang prihatin terhadap hari tersebut. Penyediaan menu bubur ini sedikit berbeza antara sesuatu negeri.
Penulis hanya ingin mengongsi pengalaman menyediakan menu bubur mengikut menu Tok Guru [asal beliau dari Pattani, Thailand] seorang ulama di negeri sebelah utara Semenanjung yang hidup penghujung tahun 1890an hingga 1993.
Bubur dimasak di dalam kawah [kuali besar]. Guna kayu api [tapi sekarang di taman tempat Penulis tinggal masak pakai gas].
Masa kecil dulu, Penulis paling suka ketika bubur sudah masak iaitu masih panas berada dalam kawah sebelum dituang dalam dulang [talam] untuk dikeraskan...pakcik-pakcik yang mengacau bubur akan memberikan bubur yang masih lembik dan panas dalam daun nenas [pelepah] yang dipotong seperti sudu.
Ada 2 rasa bubur tersebut di mana bubur akan dimasak dalam 2 kawah yang mempunyai rasa yang berbeza iaitu masin dan manis. Bubur yang masin mempunyai isi daging sementara bubur yang rasanya manis tidak dimasukkan tambahan daging tersebut. Penulis tidak berapa gemar yang rasanya masin tetapi jika yang rasanya manis, lebih sedap dimakan ketika sudah sejuk.

Menu
Bubur Asyura [Tok Guru]
Bahan-bahannya:
1. Beras 1 gantang [lebihkurang 6 kg] - rendam malam & kisar
2. Ubi keledek 3 kg - buang kulit & potong kecil-kecil
3. Kacang hijau 2 kg - rendam malam & rebus berasingan dan simpan satu bekas
4. Kacang tanah 1 kg - ambil saiz kecil & rebus dan simpan satu bekas [buang kulit]
5. Isi jagung 5 tin - lagi baik [jika ada] jagung mentah - rebus dan ambil isinya sahaja.
6. Serai 20 batang - kisar & tapis ambil airnya sahaja
7. Lengkuas muda 500 gm - kisar & tapis ambil airnya sahaja
8. Halia 300 gm - potong kecil-kecil/cincang
9. Bawang merah 500 gm - buang kulit & potong kecil-kecil
10. Jintan manis 50 gm
11. Rempah biji [Ketumbar] 50 gm } bahan 9 hingga 13 - Goreng kemudian kisar jadi halus dan simpan dalam satu bekas.
12. Lada hitam 50 gm
13. Bunga lawang 50 gm
14. Kunyit hidup 100 gm - kisar hancur
15. Daun pandan 10 helai - kisar & tapis ambil airnya sahaja
16. Santan 4 kg [10 biji]
17. Garam - secukup rasa
18. Gula - secukup rasa.
Cara memasaknya:
- Beras dimasukkan dalam kawah yang apinya dalam keadaan sederhana.
- kacau jangan berhenti dalam 1/2 jam dan elakkan menjadi ketul-ketul.
- masukkan air daun pandan - kacau perlahan-lahan.
- masukkan bahan 9-13 - kacau perlahan-lahan.
- apabila beras yang dimasak nampak hampir masak segera masukkan ubi keledek.
- masukkan kacang hijau - kacau perlahan-lahan.
- masukkan kacang tanah - kacau perlahan-lahan.
- masukkan santan sedikit demi sedikit.
- air ditambah mengikut keadaan likatnya [pastikan tidak berketul-ketul].
- masukkan garam mengikut rasa.
- masukkan gula mengikut rasa.
- kacau sehingga kira-kira 2 jam.
- setelah masak, tuangkan dalam talam atau dulang untuk membekukannya.
- setelah hampir keras taburkan tepung beras + udang kering goreng kisar atasnya.
Biarkan ia beku di dalam dulang [talam] kemudian boleh dipotong-potong mengikut kesukaan.
Selamat Mencuba!
Langgan:
Catatan (Atom)