Sambutan Ramadhan seperti tahun-tahun sudah tetap meriah dan ceria.
Unitnya penjual makanan untuk berbuka puasa tumbuh bagai cendawan di sana sini.
Tepi jalan laluan yang sebelum itu agak lengang telah menjadi sibuk dengan gerai-gerai menjual makanan yang biasanya secara bungkus atau 'tapau'. Pembeli yang memberhentikan kenderaan selepas pulang dari kerja telah menambahkan lagi kesesakan jalan. Bagaimanapun, itulah budaya kita.
Namun pada bulan ini, Allah SWT telah membahagikannya menjadi tiga (3) bahagian di mana:
1. Satu pertiga (1/3) awal Ramadhan, Allah SWT menganugerahkan Kerahmatan kepada orang beriman yang berpuasa.
2. Satu pertiga (1/3) pertengahan Ramadhan, Allah SWT menganugerahkan Keampunan kepada orang beriman yang berpuasa.
3. Satu pertiga (1/3) akhir Ramadhan, Allah SWT menganugerahan Pelepasan dari api neraka kepada orang beriman yang berpuasa.
Perjalanan ini umpama meniti sebuah jambatan yang kita tidak pasti sejauhmana kekukuhan dan penamatnya. Ia seolah-olah semakin menapak semakin jauh penghujungnya. Perjalanan juga ibarat suatu pelayaran di laut luas yang sukar diduga geloranya. Namun egoisme atau sifat keakuan merupakan ciri utama nafsu ini yang mencabar kehidupan menentang arus yang kesudahannya lepas atau tewas.
Jumaat, September 21, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Kesalahan dan kesilapan boleh diperbetulkan jika kita sedar apa yang telah berlaku kesan dari tindakan kita sebelum itu malah lebih utama kita turut insaf dan berjanji (taubat) tidak mengulangi lagi kesalahan dan kesilapan itu.
Catat Ulasan