Anak2ku di universiti,
Semalam selepas maghrib, Ayah buat pengumuman ajak jemaah surau supaya hadir Forum Perdana di masjid hijau B.B.Bangi. Tajuk forum 'Menuju Jalan Allah'. Salah seorang panelnya Ustaz Hasnan. Ramai juga yang hadir walaupun hujan renyai, satu saf lebih kurang 50 orang. Jemaah lelaki ada 6 saf sementara itu jemaah perempuan ada separuh daripadanya.
Topik pendek tapi menarik juga apabila ahli panel dapat mengupas dengan pelbagai contoh. Kisah sekumpulan peribadat yang sesat dengan kucing yang malang telah diceritakan oleh ahli panel ustazshauqi.blogspot.com menarik jemaah.
Isu remaja yang tidak tahu, tidak mendapat perhatian, jahil dan bebas tanpa kawalan sempurna dari ibu bapa turut dibicarakan.
Serangan pelbagai program media elektronik, maya, tv, internet dan sebagainya bagaikan tidak tertahan-tahan untuk orang Islam menangkisnya.
Kupasan surah Al-Fatihah juga disampaikan dengan agak terperinci bagaimana surah itu menjadi wajib dibaca di dalam solat.
Mungkin moderatornya tidak dapat mengawal masa yang diperuntukkan bagi setiap panelnya bercakap, jadi khabarnya masa yang diberikan oleh pihak masjid sekitar jam 9.45 malam sepatutnya tamat telah berlanjutan sampai jam 10.45 mlam. Bagaimanapun, masa 2 jam itu memang tidak mencukupi bagi forum sebegini.
Ketika menggulung semua perbicaraan itu, terdetik di hati bagaimana sukar, sedih, letih dan takutnya jiwa ustaz mengharungi dunia dakwah, tanggungjawab dan beban yang perlu dipikul bagi kesinambungan tegaknya agama Islam untuk diimani. Lontaran kata-kata Ustaz Hasnan bagaimana hendak mendidik dan mengawasi anak agar lurus di jalan Allah, sehinggakan timbul cadangan membawa keluarga ke sebuah pulau terasing dari segala gejala tidak baik dan tinggal di sana.
Sebenarnya,
Anak2ku di universiti,
Ayah dah lama dah merasainya!.
Salam dan Ayah sayang kamu semua.
Perjalanan ini umpama meniti sebuah jambatan yang kita tidak pasti sejauhmana kekukuhan dan penamatnya. Ia seolah-olah semakin menapak semakin jauh penghujungnya. Perjalanan juga ibarat suatu pelayaran di laut luas yang sukar diduga geloranya. Namun egoisme atau sifat keakuan merupakan ciri utama nafsu ini yang mencabar kehidupan menentang arus yang kesudahannya lepas atau tewas.
Ahad, Januari 31, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
sayang Ayah n Mama jugak. sayang semua. terima kasih atas perkongsian. tanggungjawab itu sememangnya berat. doakan anak2mu di sini ya.
mau aja kita ke pulau itu dan tinggalkan semuanya tapi mampukah kita menjawab persoalan Allah di Akhirat nanti? moga Allah tetapkan hati2 kita di atas jalan-Nya.
Along sayang semua!
Catat Ulasan