Anak-anakku di universiti,
InsyaAllah, rumah kita akan ceria semula.
Kak Su dah balik semula.
Ayah tunggu dan ambik dekat LCCT hari Khamis lepas.
Anak-anakku di universiti,
Mama kata Kak Su dah kurus sikit tapi Ayah kata sebaliknya.
Asnad nampak relaks sahaja tapi bila tanya dia angkat bahu.
Anak-anakku di universiti,
Sarapan dah terhidang,
washing machine berdesing awal pagi,
pintu belakang dah terbuka,
semuanya suasana itu hidup balik.
Anak-anakku di universiti,
Kerinduan suasana itu terusai pabila kamu pulang nanti.
Perjalanan ini umpama meniti sebuah jambatan yang kita tidak pasti sejauhmana kekukuhan dan penamatnya. Ia seolah-olah semakin menapak semakin jauh penghujungnya. Perjalanan juga ibarat suatu pelayaran di laut luas yang sukar diduga geloranya. Namun egoisme atau sifat keakuan merupakan ciri utama nafsu ini yang mencabar kehidupan menentang arus yang kesudahannya lepas atau tewas.
Jumaat, Januari 22, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan