Perjalanan ini umpama meniti sebuah jambatan yang kita tidak pasti sejauhmana kekukuhan dan penamatnya. Ia seolah-olah semakin menapak semakin jauh penghujungnya. Perjalanan juga ibarat suatu pelayaran di laut luas yang sukar diduga geloranya. Namun egoisme atau sifat keakuan merupakan ciri utama nafsu ini yang mencabar kehidupan menentang arus yang kesudahannya lepas atau tewas.
Isnin, Februari 23, 2009
Benarkah kita mampu memboikot?
Kita yang jauh ini...apakah tindakan yang kita ambil?
Kita disedarkan dengan kempen memboikot barangan yang ada kaitannya dengan Yahudi. Kita diberikan senarai panjang berjela nama barangan berkaitan. Kita mungkin tersentak apabila melihat senarai itu. Hampir semua di sekeliling kita, barangan tersenarai itu berada di mana-mana.
Cuba anda lihat di dalam rumah anda...makanan di dapur, peralatan bilik tidur, ruang tamu, bilik mandi dan sebagainya.
Patriotikkah kita?
Kita bercakap di hand set berjenama apa?
Anak kita menarik tangan ke restoran makanan segera siapa punya?
Kita minum pagi sudah bertahun-tahun minuman berasaskan kopi dan koko dari mana asal pembuatnya?
Baju dan seluar yang menjadi kegemaran kita siapa pereka dan pengeluarnya?
Kita bergerak ke sana sini dengan kenderaan menggunakan petrol apa?
Sungguh benar...kita tidak habis ditanya jika kita tidak bertindak menjawabnya.
Mari kita melihat sejauh mana keterlibatan kita dalam sistem ekonomi yang banyak dipelopori oleh bangsa ini.
Bidang ekonomi yang sangat popular di persada dunia ini.
1. Sistem perbankan yang mengutamakan keuntungan melalui riba.
Penggunaan kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman-pinjaman lain berkaitan harta, tanah, rumah dan sebagainya. Penggunaan riba merupakan tunggak ekonomi dan perniagaan Yahudi.
2. Penjualan arak.
Mereka memonopoli perniagaan ini. Jenama minuman ini dan bar-bar terkenal sangat berkait dengan bangsa ini. Pulangan keuntungan dari perniagaan ini sangat besar.
3. Pengeluar rokok.
Rokok yang berjenama terkenal dipasarkan keseluruh dunia malah kilang dan ladang berkaitan pengeluaran rokok diwujudkan di merata dunia.
Senarai panjang perniagaan yang berkaitan dengan Yahudi menular dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Mereka menguasai pelbagai perniagaan makanan, minuman, ubatan, pertukangan dan segala-galanya.
Sehingga hari ini...apa khabar saudara kita? Atau sudah matikah jirannya?
Ahad, Februari 01, 2009
3 Surah Pendinding Diri
Surah yang paling asas yang patut semua orang yang beriman menghafal dan membaca serta memahami sekurang-kurangnya maksud ayat tersebut.
Kekuatan ayat ini seharusnya sudah menguasai diri seseorang dalam mengagungkan Allah SWT. Kemana sahaja beliau pergi, beliau sentiasa sedar bahawa Allah SWT sentiasa bersamanya.
Manusia hendaklah sentiasa patuh dan tunduk di bawah kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Ayat ini juga membawa kita supaya sentiasa yakin bahawa hanya pertolongan datangnya dari Allah SWT dan atas kebenaran-Nya, permintaan itu dimakbulkan (ditunaikan).
Allah SWT menghantar firman-Nya kepada manusia supaya kepada-Nya sahaja tempat bergantung dan mengharap.
Ayat ini juga lengkap dengan doa agar Allah SWT menetapkan keimanan kita supaya sentiasa berada dalam jalan yang benar dengan menjauhkan kita dari jalan keingkaran seperti ingkarnya [Takrif Kamus Dewan Edisi Empat: 1. tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir. 2. enggan, tidak menurut, tidak mahu] orang-orang Yahudi dan juga menjauhkan kita dari jalan yang sesat seperti sesatnya [Takrif Kamus Dewan Edisi Empat: 1. tidak mengikut jalan yang betul, tersalah (tersilap) jalan. 2. tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan dan lain-lain), menyimpang dari jalan yang benar] orang-orang Nasrani (Kristian).
AL-FAATIHAH (PEMBUKAAN) Surah 1 : 7 ayat
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[*1]
2. Segala puji[*2] bagi Allah, Tuhan semesta alam[*3]
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
4. Yang menguasai[*4] hari pembalasan[*5]
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah[*6] dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan[*7]
6. Tunjukilah[*8] jalan yang lurus
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi)*, dan bukan (pula) mereka yang sesat (Nasrani)*.
Petunjuk:
*1...Tiap-tiap pekerjaan yang baik itu hendaklah dimulai dengan menyebut nama Allah. Contoh: Sebelum makan, minum, menyembelih binatang dan sebagainya.
Allah: Ialah nama Zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya; yang tidak memerlukan kepada makhluk-Nya tetapi makhluk itu yang memerlukan-Nya.
Ar-Rahman (Maha Pemurah): Salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahawa Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada makhluk-Nya. Manakala,
Ar-Rahim (Maha Penyayang): Salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat rahmat yang menyebabkan Allah selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
*2...Alhamdu (segala puji) : Menyanjung Allah kerana perbuatan-Nya yang baik. Kita menghadapkan segala puji kepada Allah kerana Allah adalah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.
*3...Rabb (Tuhan) bermaksud: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. Ucapan 'rabb' tidak boleh digunakan selain untuk Allah kecuali jika ada sambungannya seperti 'rabbul-bait' (tuan rumah).
'Aalamiin (semesta alam): Semua yang diciptakan oleh Allah terdiri dari pelbagai jenis dan macam seperti alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya.
*4...Maalik (Yang Menguasai), dengan memanjangkan 'mim' ia bermaksud: Pemilik (yang empunya). Jika dibaca sebagai Malik dengan memedekkan 'mim' ia bermaksud: Raja.
*5...Yaumiddin (hari pembalasan): Hari yang pada waktu itu semua manusia menerima pembalasan dari amalannya samada baik ataupun buruk. Yaumiddin juga disebut sebagai yaumulqiaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dan sebagainya.
*6...Na'budu diambil dari perkataan 'Ibaadat bermaksud: Kepatuhan dan ketundukan yang datang dari perasaan mengenai kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah kerana berkeyakinan bahawa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.
*7...Nasta'iin (minta pertolongan) diambil dari perkataan isti'aanah bermaksud: Mengharapkan bantuan untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan yang tidak mampu diselesaikan dengan tenaga sendiri.
*8...Ihdina (tunjukilah kami) diambil dari perkataan hidaayat bermaksud: Memberi petunjuk ke jalan benar dan bukan sekadar memberi hidayah sahaja tetapi juga memberi taufik.
*.....Dimaksudkan dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Al-Ikhlash--Surah mengEsakan Allah SWT.
AL-IKHLASH (MEMURNIKAN KEESAAN ALLAH) Surah ke 112 : 4 ayat
1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa,
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu,
3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"
Mukadimah ayat Al-Ikhlas:
Terdiri dari empat ayat. Ayat ini termasuk dalam ayat-ayat Makkiyyah (yang diturunkan di Mekah). Ia diturunkan selepas ayat An-Naas. Dinamakan "Al-Ikhlas" kerana surah ini sepenuhnya menegaskan kemurniaan ke Esaan Allah SWT.
Pokok pengertian isinya:
Penegasan tentang kemurniaan ke Esaan Allah SWT dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.
Sesungguhnya, di dalam diri kita ada keimanan yang membenarkan ke Esaan Allah SWT. Tiada sebarang keraguan lagi atau terlintas sebarang fikiran yang sebaliknya. Allah SWT, menurunkan ayat tersebut dengan arahan yang jelas.."Kul" yang bermaksud: Katakanlah..diikuti "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa". Allah yang maha berkuasa, berdiri dengan sendiri, yang tiada beranak dan diperanakkan.
Al-Kaafiruun--Surah pengawal diri bagi membezakan antara yang beriman dengan yang tidak beriman.
AL-KAAFIRUUN (ORANG-ORANG KAFIR) Surah ke 109 : 6 ayat
1. Katakanlah: "Hai, orang-orang yang kafir,
2. aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
6. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku"
Penerangan:
Surah yang diturunkan di Mekah (Surah Makkiyyah). Sebagai pendinding dan jawapan Rasulullah SAW kepada orang-orang kafir yang menentang Baginda. Ayat ini mengisyaratkan bahawa orang-orang kafir sudah berputus harap dan habisnya daya bagi menghalang Rasulullah SAW supaya meninggalkan dakwahnya.
Menjadi amalan membaca surah ini terutama ketika rakaat pertama dalam solat Maghrib. Pendinding kepada orang-orang beriman yang bergelumang dengan orang-orang kafir disekelilingnya terutama orang kafir yang jenisnya menentang Islam.