Sebahagian penduduk Desa Makmur yang tidak pulang beraya di kampung telah melakukan ibadah korban sebanyak lima (5) ekor lembu. Semua lembu ini disembelih pada hari raya pertama.
Solat sunat AidilAdha dilakukan di surau Al-Makmur dengan berimamkan Ustaz Hasnan (Pensyarah UKM). Khutbah dibacakan oleh Pengetua Darul Fuqaha Ustaz Khairudin At-Takiri. Jemaah yang hadir lebihkurang 150 orang terdiri dari lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Solat jam 8.00 pagi.
Pada awalnya, masing-masing menaruh perasaan bimbang jika kerja dan proses penyembelihan seperti melapah, memotong, mengagih dan sebagainya tidak dapat dijalankan dengan pantas kerana kekurangan orang. Alhamdulillah, semua kerja itu selesai lebih kurang jam 12.30 tengahari.Solat sunat AidilAdha dilakukan di surau Al-Makmur dengan berimamkan Ustaz Hasnan (Pensyarah UKM). Khutbah dibacakan oleh Pengetua Darul Fuqaha Ustaz Khairudin At-Takiri. Jemaah yang hadir lebihkurang 150 orang terdiri dari lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Solat jam 8.00 pagi.
Gotong royong orang perempuan dalam kerja-kerja memasak selesai jam 3.00 petang. 50 kg daging dimasak singgang (masakan Kelantan). 2 periuk besar masak sup tulang cicah air asam. Perut direbus satu periuk lain.
Daging korban berjumlah 300 kg diasingkan menjadi 3 bahagian di mana tiap satu bahagian masing-masing untuk peserta bawa pulang, sedekah mentah dan dimasak kenduri di surau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan