Salburg, Austria
Subhanallah, keindahannya yang mengasyikkan...halakan lensa kamera ke arah mana saja..mengambil gambar dari semua sudut...segar sekali..tiada kata yang dapat diucapkan...pilihan lokasi penggambaran filem The sound of music di sini pada tahun 1965 amat tepat sekali.
Syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan aku sampai di lokasi ini, ketika musim salji sudah berakhir...Alhamdulillah, dapat melihat sebahagian bunga-bungaan mula berkembang dan harum.
Menginap dua malam di bandar ini...cuaca sebelah malam mencecah 5 celcius sementara sebelah siangnya 10 hingga 14 celcius di bulan April 2017.
Alhamdulillah, renyai sekejap-sekejap sebelah pagi memberikan suasana sangat segar meskipun berangin sejuk.
Walaupun hanya dengan kamera handphone...mengambil gambar secara snap ke mana sudut yang terfikir ia masih cantik dan mengasyikkan.