Khamis, Ogos 04, 2016

ReUnion STM59

kali ke 2

 Tasik Raban, Lenggong, Perak

Ahad 24 Julai 2016


Tok Sidang
 HJ TUR EDYDIE

Tok Admin
RAH IMIE

 Tokmad
 HJ AH MADIE

 MAZ NAHIE

 AI SHAHIE

Dari Shah Alam
         NOR IZANIE

Dari Penang
 IJ ANIE

Dari Kota Damansara
               ROSI AHIE

Dari Sg Petani
      AN NUARIE

Dari Jelutown
 DIKMIE

Dari Ipoh
              MUST AFA KAM ALIE

 ROS LAI LILIE

Dari Bukit Gantang
                AZ IZAHI HIE

 ALIA SI HIE

Dari Petaling Jaya
              MAN ANAFI HIE

Dari Sitiawan
 FAU ZIZIE

Dari Air Kuning
        GAYA HIHIE

Dari Taiping
              TAN LI CHEW HIE

Dari Lumut
 GHAZA LILIE

Dari Seberang Prai
                 KHOZA RYRIE

Dari Kpg Tengah
                    MOHD RAM LILIE

Tok Bendahari
      RAH MANIE

Dari Bukit Gantang
           ZAIL ANIE

Dari Air Kuning
         SUHAI MIMIE

Dari Tanah Merah, Kelantan
                     ZAB IDIDIE

 Kenalilah pasanganmu...

 Opah cun nak bermanja..hehe

 pasangan paling romantik sedang diadili..

 pengadil teka kacang


 insan seni..boleh belaka.

 hantu durian..

Tok Mankid
 talent..dua artis hebat..

 hasilnya..

 tok sidang...siap.

hasil senilukisnya mencapai taraf VIP

. Tok KARIMIE
Emcee yang garang..kontrol peserta berucap hanya 1/2 minit sahaja..

'KITA MERAIKAN CARA KITA'
24 Julai 2016
Terima kasih tidak terhingga kepada semua jawatan kuasa yang dilantik secara sukarela. Sumbangan idea dan tenaga anda semua dapat menjayakan majlis reunion ini meskipun masing-masing sibuk dan ada tugas sendiri. Kejayaan mengumpulkan sahabat2 dari serata tempat jauh dan dekat dalam satu masa bukanlah suatu kerja mudah. Alhamdulillah, komitmen sahabat2 yang hadir menampakkan silaturrahim dan ukhwah masih terjalin. Imbauan kenangan semasa zaman sekolah menjadi pencetus semangat keakhraban dan diharap ia sentiasa tergilap di memori.

Rabu, Ogos 03, 2016

Doa Hari Selasa


Segala pujian bagi Allah, segala pujian hakNYa, segala pujian adalah milikNYa, pujian-pujian yang banyak,
Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan dirikami, sungguh nafsu yang menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhan kami..
Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan syaitan yang menambah dosa-dosa kami.
Kami berlindung kepada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang zalim.
Ya Allah, jadikan lah kami di antara pasukan-Mu, kerana pasukan-Mu saja yang beroleh kemenangan.
Jadikan kami di antara kekasih-kekasih-Mu, kerana kekasih-Mu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.
Ya Allah, perelokkan agama kami, kerana itu adalah sandaran urusan kami. Perelokkan akhirat kami, kerana itu adalah kampung tempat kembali kami, tempat lari menjauhi kejahatan kami.
Jadikanlah, kehidupan sebagai tempat menambah kebaikan dan Jadikan kematian sebagai tempat istirehat dari semua kejelekan.
Ya Allah, sampaikan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat Rasulullah.
Ya Allah, kurniakan kami pada hari Selasa ini tiga perkara:
1.  Jangan biarkan kami berdosa kecuali Engkau Ya Allah ampunkan.
2.  Jangan biarkan kami dalam kesusahan kecuali Engkau Ya Allah hilangkan,
3.  Jangan biarkan pada kami musuh kecuali Engkau Ya Allah tolakkan.
Dengan asma Allah, sebaik-baik asma. Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi, kami mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya adalah murka-Nya, kami mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya adalah redha-Nya. Akhiri hidup kami dengan keampunan.

Mahligai Timbul

Mahligai Timbul
Oleh kerana manusia sentiasa inginkan kepuasan maka mereka akan berusaha mencari dan mendapatkan sesuatu yang mendatangkan kepuasan hatinya biar betapa sukar sekalipun.

Meraih Kegembiraan Dari Kepayahan

Meraih Kegembiraan Dari Kepayahan
Penulis sangat minat berkebun! Kesibukan kerja di ibu negara agak melelahkan untuk berulang alik mengusahakan beberapa bidang tanah kebun kepunyaan sendiri. Kepayahan ini akan lebih terasa apabila kita sendiri yang mengalami pekerjaan seperti petani di kampung. Bagaimana sukarnya untuk menjaga dan membesarkan tanaman dari gangguan musuh-musuh tanaman sehingga mencapai peringkat beberapa tahun dan mengeluarkan hasilnya. Namun kesabaran dan keikhlasan ketika bertani akan dianugerahkan hasil peluhnya daripada Allah SWT. Sesungguhnya kita harus bersyukur dan yakin bahawa setiap usaha yang kita lakukan hendaklah disertai dengan doa dan tawakal.

Nikmat Hasil Tani

Nikmat Hasil Tani
Berbudi sebiji kepada tanah, Allah SWT menggandakan tujuh tangkai buah yang mana setiap tangkai mengandungi tujuh lagi tangkai.

Raja Buah

Raja Buah
Kehebatan buah durian mengatasi buah-buahan bermusim yang lain kerana keunikannya seperti kulitnya yang berduri,rasa isinya yang pelbagai, bau yang kuat dan tidak disukai oleh segelintir pelancong barat. Kita akan melihat keceriaan orang kampung apabila musim buah durian gugur. Ketika inilah mereka boleh sedikit pendapatan hasil jualan buah tersebut. Kebiasaan musim ini berlaku tiga (3) kali dalam dua (2) tahun. Musim yang serentak mengakibatkan harga buah ini agak murah dan boleh dinikmati oleh orang ramai namun ada semacam kempen pulak apabila banyak premis terutama hotel-hotel tidak membenarkan buah ini dibawa masuk ke dalam premis mereka tanpa alasan. Kalau buah ini boleh tumbuh di negara barat sudah pasti kehebatan buah ini menjadi popular secara globalisasi. Kita masih tidak dapat menyimpan buah yang masak dengan lebih lama kerana tidak mempunyai atau masih belum mengetahui teknologi berkaitan. Buah ini juga boleh dimakan bersama pulut dan santan kelapa (pulut durian) di mana isi durian diramas dengan pulut kukus bercampur santan kelapa dan sedikit gula pasir. Ia terus segera dimakan begitu saja. Ketika musim yang banyak, buah ini dibuat 'lempuk' iaitu isi durian dimasak bersama gula di dalam kawah atau kuali besar. Ia dikacau sehingga tepu seumpama dodol. Isi durian juga boleh disimpan sebagai 'tempoyak' iaitu isinya diperam bersama garam yang akan bertukar menjadi masam-masam manis tetapi sangat enak dikeluarkan kemudian digaul dengan cabai tumbuk menjadi sambal yang enak dimakan dengan ulam-ulam seperti petai, jering dan sebagainya. Tempoyak juga boleh dimasak bersama ikan air tawar terutama ikan patin yang terkenal itu. Taburannya tumbuh sesuai di negeri-negeri Perak, Pahang dan Kelantan.

erti kemerdekaan yang didatangkan dari Italy

erti kemerdekaan yang didatangkan dari Italy
Sambutan Kemerdekaan ke 50 - jam 10 mlm atas satu jambatan Putrajaya. Ramai anak-anak muda yang lahir setelah lebih 20 tahun merdeka apabila diajukan soalan apakah perasaan dan bagaimana kefahaman mereka menyambut ulang tahun kemerdekaan ini? Apakah erti kemerdekaan itu serupa membebaskan diri dengan bersukaria seumpama datang beramai-ramai berkumpulan atau berpasangan ke pusat-pusat bandar atau taman-taman awam yang mengadakan konsert atau sebarang pertunjukan hiburan? Atau hanya berhimpun di Dataran Merdeka dari awal malam menunggu kalau-kalau ada rempit haram?

laut dan daratan sentiasa bertaut di bawah naungan awan

laut dan daratan sentiasa bertaut di bawah naungan awan
Keindahan ciptaan Allah tiada tandingan. Pulau ini adalah terumbu batu karang besar yang timbul di permukaan laut yang berada pada jarak lebih kurang empat puluh (40) minit dengan penerbangan pesawat keci dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Pulau yang diwartakan sebagai pulau larangan di bawah keselamatan negara namun orang awam dan pelancong masih boleh melawat dengan membuat permohonan melalui pihak keselamatan negara. Hanya satu-satunya resort yang ada di sini selain pusat research Jabatan Perikanan dan Navy Malaysia . Karangan laut yang bersaiz besar masih terdapat di sini serta menjadi pulau tempat burung layang layang bersarang dan bertelur. Kerajaan Malaysia telah mewartakan sebagai larangan kepada pelancong mengganggu burung-burung ini yang bertelur di atas pasir - Pulau Layang Layang, Sabah