Pertemuan pertama ReUnion STM59 Jana Golf Resort, Taiping tahun Julai 2015.
Perjalanan ini umpama meniti sebuah jambatan yang kita tidak pasti sejauhmana kekukuhan dan penamatnya. Ia seolah-olah semakin menapak semakin jauh penghujungnya. Perjalanan juga ibarat suatu pelayaran di laut luas yang sukar diduga geloranya. Namun egoisme atau sifat keakuan merupakan ciri utama nafsu ini yang mencabar kehidupan menentang arus yang kesudahannya lepas atau tewas.
Jumaat, Julai 22, 2016
ReUnion...STM59
Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan sahabat2 lama zaman persekolahan T5Tahun76. Pertemuan kali kedua akan diadakan di Tasik Raban Resort, Lenggong, Perak...InsyaAllah, aku cuba hadir tepat waktu pada pagi 24/7/2016 itu. Sebahagian sahabat bermalam di resort tersebut namun kekekangan waktu, program dan jemputan beberapa kenduri kahwin sehari sebelum itu tidak mengizinkan aku bermalam di situ. Aku rindu sahabat semua...ada yang sudah berpuluh tahun tidak bersua muka.
Langgan:
Catatan (Atom)