Prague @ Praha, Czech Republic
Kota muzium, sauvenir, pelancong...
Kesejukan di luar sementara menunggu untuk check in...empunya apartmen sedang dikesan..hehe.
Apartmennya selesa dan ada kemudahan lift...2 hari pertama menginap, liftnya dalam selenggaraan...huhu. Design dalaman standard saiz besar orang-orang Eropah. Ceiling tinggi dan ruang bilik lebih besar. Tile lantai, pintu dan tingkap menggunakan bahan kayu kelihatan lebih kemas dan kukuh.
Selepas letak segala beban baggage dalam bilik, terus keluar merayap..
Barang kaca dan sauvenir. Sebahagian dari harga hanya mampu lihat..hehe.
Kota Praha yang terbahagi dua..old town dan new town. Kami menginap di old town kerana ingin melihat kecantikan binaan bangunan-bangunan lama. Ramai pelancong bertumpu ke sini dan sudah pasti premis perniagaan berkaitanya ada di mana-mana jalan dan lorong.
Suasana santai di laluan-laluan dalam kota lama..masih kelihatan bangunan-bangunan yang designnya telah berabad lamanya masih utuh dan menarik perhatian dari bentuk seni rekaannya.
Muzium persendirian yang mengenakan bayaran tiket untuk masuk melihat khazanah simpanannya.
Premis pembuat roti gulung yang menarik perhatian...Trolo..mmmph enak.
Kerja tangan menekat nama pada topi, pakaian budak, beg dan sebagainya sebagai cenderamata dan kenangan.
Masih ada restoren halal...mencari keliling kota...hahaha
Akhirnya, jumpa juga dengan masjid yang rupabentuknya tidak serupa masjid...huhu
|
konangan...tekonang den..hehe |
*Dedikasi foto tiada berniat lain melainkan secara kebetulan imej yang dipaparkan bermaksud untuk menyatakan sesuatu lokasi dan keindahan.
Harap maklum. Terima kasih.